Selasa, 18 Ogos 2009

Lebih RM2 juta berjaya dikutip Perkeso Tawau


Lebih RM2 juta berjaya dikutip Perkeso Tawau TAWAU: Sebanyak RM2,743,096.52 berjaya dikutip oleh Pertubuhan Kese-lamatan Sosial (Perkeso) Tawau di se-panjang Januari hingga November 2008 dan RM1,287,345.35 daripadanya telah digunakan untuk membayar faedah kepada 497 penerima.

Ketua Unit Faedah Perkeso Tawau Sai-ful Nizam Yahya berkata, jumlah majikan yang berdaftar dengan pihaknya bagi tempoh itu pula adalah seramai 7,432 majikan, tetapi hanya 4,682 majikan yang aktif dengan jumlah pekerja aktif seramai 102,165 orang.
Tambahnya, sehingga bulan lalu pihak-nya juga melawat dan memeriksa 727 ma-jikan dan pelbagai aktiviti turut dilakukan seperti lawatan pemulihan dan aktiviti Hari Bertemu Pelanggan (HBR).

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan medianya kepada New Sabah Times.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa bermula tahun hadapan, Pejabat Perkeso Tawau akan mempunyai pejabat sementara bertempat di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kunak dan Semporna, pada setiap minggu ketiga kecuali pada bulan September, untuk melaksanakan progam HBR.

Tiga pegawai katanya akan ditempatkan di pejabat sementara tersebut, iaitu pada hari Selasa minggu tersebut di JTK Kunak dan pada hari Rabu minggu yang sama di JTK Semporna.
Antara kemudahan disediakan pada program HBR katanya ialah pihak majikan dan pekerja dapat bertemu dengan pegawai petugas untuk mengemukakan sebarang permasalahan yang mereka hadapi atau untuk mengetahui hak-hak seseorang pencarum Perkeso.
Majikan dan pekerja juga ujarnya boleh mendapatkan borang-borang berkaitan pendaftaran majikan serta pekerja baru, selain borang-borang tuntutan kemalangan.

“Selain daripada program bertemu pelanggan, Perkeso Tawau juga menyediakan lawatan pemulihan ke atas pekerja-pekerja yang disahkan hilang upaya kekal oleh Jemaah Doktor Perkeso akibat ke-malangan yang memerlukan peralatan pe-mulihan,” jelasnya.
Antara peralatan pemulihan yang dimaksudkan katanya ialah seperti kerusi roda, tongkat ketiak, dypers, ripple mattress, tripod, quadripod dan lain-lain peralatan pemulihan.

“Tujuan lawatan pemulihan ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan pekerja-pekerja yang telah kemalangan tidak diabaikan sehinggalah mereka boleh bekerja semula dan seterusnya menjalani kehidupan seharian bersama keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan mana-mana majikan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau memerlukan ceramah berkaitan Skim-Skim Perkeso agar menghubungi Pejabat Perkeso Tawau di talian 089-770849/ 779522 / 779220.

“Kerjasama yang terbentuk di antara pihak Perkeso, majikan dan pekerja tentunya amat perlu bagi memastikan kesejahteraan para pekerja di daerah Tawau, Kunak dan Semporna, sentiasa terjamin,” katanya


By : OLEH MOHD. ZAFRIN NORDIN

0 Komen:

Catat Ulasan

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template